KUCHING, 17 OGOS: Seramai 706 atlet Selangor dan 213 pegawai menyertai perbarisan lintas hormat kontinjen negeri pada acara pembukaan Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) Sarawak 2024 malam ini.
KUCHING, 17 OGOS: Sebanyak 35 pingat emas menjadi rebutan atlet yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok dengan pingat terbanyak ditawarkan di gelanggang karate di Miri.
SIBU, 16 OGOS: Juara bertahan Terengganu mara ke saingan suku akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Sabah 2-0 dalam aksi pelengkap Kumpulan B di Stadium Zaidi Adruce di sini hari ini.
SHAH ALAM, 16 OGOS: Hari ketiga temasya, Selangor memperoleh satu emas dalam acara boling padang berpasukan wanita dan satu perak menerusi pemain perseorangan wanita, Nur Najla Damia.
KUCHING, 15 OGOS: Jaguh wushu Selangor Mandy Cebelle Chen menutup lembaran perjalanan Sukan Malaysia (SUKMA) beliau dengan penuh emosi apabila meraih dua pingat emas dalam penampilan terakhirnya di temasya sukan dwitahunan itu di sini hari ini.
SHAH ALAM, 15 OGOS: Kejayaan atlet wushu Mandy Cebelle Chen meraih dua emas menyuntik semangat kontinjen Selangor memburu kejayaan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak.
KUCHING, 15 OGOS: Bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat dalam sukan tenpin boling, jurulatih remaja kebangsaan turun padang untuk ‘mengikat’ atlet muda berpotensi yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 bagi digilap menjadi ‘permata’ berharga negara.
SHAH ALAM, 15 OGOS: Sukan wushu berjaya merangkul dua emas yang disumbang Mandy Cebelle Chen dalam acara final taijiquan wanita setakat hari kedua temasya.
KUCHING, 30 JULAI: Kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan di sini yang dijadikan salah sebuah perkampungan sukan untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dari 17 sehingga 24 Ogos ini sudah bersedia menerima ketibaan atlet.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Selepas terpaksa berpuas hati di tempat kedua pada edisi Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, skuad ragbi wanita Selangor optimis dapat menebus kekecewaan dan mengutip pingat emas pada kejohanan dwitahunan itu di Sarawak, bulan hadapan.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Sebanyak 704 atlet dan 213 pegawai akan mewakili kontinjen Selangor ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
KUCHING, 5 JULAI: Faktor cuaca tidak menentu menjadi antara cabaran buat pihak kontraktor untuk menyiapkan kemudahan-kemudahan sukan menjelang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
SHAH ALAM, 12 JUN: Selangor optimis berada di kedudukan tiga teratas dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang berlangsung di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos ini.
SHAH ALAM, 16 MEI: Senarai akhir atlet Selangor yang akan beraksi pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak dijangka diketahui awal Julai ini.
KUCHING, 9 MAC: Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Bumi Kenyalang Ogos ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri dan juga kontinjen jemputan Brunei pada temasya dwitahunan itu.
HULU LANGAT, 18 OKT: Belanjawan Selangor 2024 yang dijadual dibentang bulan depan diharap memfokuskan aspek pembangunan sukan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA).
SHAH ALAM, 4 SEPT: Empat persatuan sukan akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri berhubung kesediaan bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
SHAH ALAM, 8 APRIL: Kontinjen Selangor memulakan latihan dan persiapan awal bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak tahun depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.